Lawatan Sambil Belajar Sekolah Kebangsaan Kedawang, Langkawi

kedawang_featured_image

Anjuran: Sekolah Kebangsaan Kedawang, Langkawi

Tarikh: 5 September 2016 (Tahun 4) & 6 September 2016 (Tahun 5)

Tempat: Galeri dan Makmal, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Pada 5 dan 6 September 2016, Sekolah Kebangsaan Kedawang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Pada hari pertama, lawatan ini melibatkan 83 orang murid tahun 4 dan diiringi oleh 4 orang guru pada 5 September 2016, sementara pada hari kedua ianya melibatkan 80 orang murid tahun 5 beserta 4 orang guru pengiring. Para pelajar dibawa melawat galeri penyelidikan dan makmal-makmal di PPL, termasuklah makmal biologi dan geologi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar dan mendekatkan diri mereka dalam bidang sains dan penyelidikan seiring dengan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi (DST) yang dipelajari di sekolah. Lawatan ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit pada setiap sesi lawatan. Penerangan kepada semua pelajar diberikan oleh Cik Asbiyatulaida yang turut dibantu oleh pelajar-pelajar latihan industri dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di PPL iaitu En. Meor Firdaus Syahmi dan En. Ahmad Izzuddin, serta dibantu oleh En. Muhammad Nikman dan Cik Nor Amilia. Cik Asbiyatulaida juga telah mengadakan kuiz kepada pelajar-pelajar dan memberikan hadiah cenderahati seperti keychain dan poster.

5 September 2016 (Pelajar Tahun 4)

kedawang_1Ketibaan pelajar Tahun 4.

kedawang_2Cik Asbiyatulaida dan staf PPL menyambut ketibaan pelajar SK Kedawang.

kedawang_3Penerangan mengenai program penyelidikan yang dijalankan di PPL.

kedawang_4Lawatan di Galeri Penyelidikan PPL.

 

6 September 2016 (Pelajar Tahun 5)

kedawang_5Cik Asbiyatulaida memberi penerangan mengenai program penyelidikan di PPL kepada pelajar   tahun 5.

kedawang_6Sesi penerangan mengenai Langkawi.

kedawang_7Cik Asbiyatulaida mengadakan sesi kuiz bersama pelajar.

kedawang_8Lawatan di makmal PPL.

Laporan oleh Nor Amilia binti Che My.