Lawatan Mesra oleh Pengarah dan Wakil UNESCO Biro Sains Serantau Asia Pasifik
Tarikh: 5 November 2016
Pada 5 November 2016, Prof. Dr. Shahbaz Khan, Pengarah UNESCO Serantau Asia Pasifik, bersama beberapa peserta program Synthesis Workshop of the project “Sustainability Transformation Across the Region (STAR)” and the Project “Science Harnessed for ASEAN Regional Policy (SHARP)” telah membuat lawatan mesra ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dan diiringi oleh Dr. Rahmah Elfithri. Kesemua tetamu telah dibawa melawat Galeri Penyelidikan PPL dan kawasan sekitar PPL. Sepanjang lawatan ini, penerangan mengenai PPL dan penyelidikan yang dijalankan oleh PPL telah diberikan oleh Dr. Rahmah Elfithri.
Laporan oleh Nor Amilia binti Che My.