Southeast Asian Bat Conservation Research Unit (SEABCRU) Workshop on Bat Research Methods and Design
Anjuran: Southeast Asian Bat Conservation Research Unit (SEABCRU)
Tarikh: 4 Disember 2016 – 7 Disember 2016
Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Langkawi, Kedah.
Satu bengkel kaedah dan rekabentuk penyelidikan kelawar telah diadakan di PPL Langkawi pada awal Disember yang lalu. Bengkel yang diketuai oleh Dr. Juliana Senawi ini adalah merupakan anjuran bersama SEABCRU, Texas Tech University (TTI), National Science Foundation (NSF) dan PPL UKM. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi perkongsian maklumat asas tentang kelawar dan penyediaan latihan pengkajian kelawar (rekabentuk penyelidikan, kaedah tangkapan, rakaman ekolokasi dan teknik analisa). Selain itu, bengkel ini juga berfungsi sebagai landasan membina jaringan, kolaborasi dan pengukuhan di antara para penyelidik SEABCRU dan Malaysian Bat Conservation Research Unit (MBCRU). Bengkel ini telah disertai oleh pakar penyelidik daripada SEABCRU dan MBCRU (sebagai fasilitator) dan seramai 22 pelajar siswazah dan pascasiswazah yang terdiri daripada pelbagai universiti tempatan seperti UKM, USM, UPM, UMT dan UNIMAS (sebagai peserta). Beberapa pemandu pelancong tempatan turut terlibat sebagai peserta bengkel. Tentatif program di bengkel ini termasuklah kuliah oleh fasilitator, pembentangan oleh para peserta, serta kerja lapangan di sekitar Pulau Langkawi, iaitu di Lubuk Sembilang, Pulau Lalang dan Gua Pinang. Kakitangan PPL juga turut serta membantu sebagai sekretariat di bengkel tersebut.
Sesi perbincangan di antara fasilitator-fasilitator.
Sesi pembentangan oleh para peserta.
Kerja lapangan di Lubuk Sembilang.
Aktiviti penyelidikan di Makmal Biologi PPL.
Kerja lapangan di Gua Pinang, Kubang Badak.
Penyampaian kuliah oleh fasilitator-fasilitator di Auditorium PPL.
Kerja lapangan di Pulau Lalang.
Spesies keluang putih yang dijumpai di Pulau Lalang, Langkawi.
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.