Penyelidikan Kepelbagaian Kelawar di Persekitaran Paya Bakau dan Puncak Gunung Raya

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM.

Tarikh: 12 – 19 Februari 2017

Tempat: Kampung Kelubi (Kubang Badak) dan Gunung Raya

Penyelidikan kepelbagaian kelawar oleh Dr. Juliana Senawi di Langkawi telah dijalankan pada 12 sehingga 19 Februari 2017 yang lepas. Kerja lapangan yang berlangsung lebih kurang seminggu ini dilakukan di persekitaran paya bakau iaitu di kawasan Kampung Kelubi (Mukim Ayer Hangat) serta puncak Gunung Raya (Mukim Ulu Melaka). Kakitangan PPL dan empat orang pelajar siswazah dibawah seliaan Dr. Juliana turut serta membantu dalam kerja lapangan tersebut. Beberapa spesies kelawar dan penemuan baru spesies kelawar telah dikenalpasti dan direkodkan.

Kampung Kelubi (Mukim Ayer Hangat)

Kawasan paya bakau ketika air pasang dan surut.

Menyusuri kawasan paya bakau ketika air surut bagi mencari kawasan yang sesuai untuk memasang perangkap kelawar.

Memasang perangkap jaring kabut dan hap.

Memasang perangkap jaring kabut tinggi.

Mengenalpasti ekolokasi atau gelombang suara kelawar di kawasan sekitar paya bakau.

Membuat pemeriksaan di setiap perangkap jaring kabut dan hap.

Beberapa ekor kelawar yang telah berjaya ditangkap.

 

Gunung Raya (Mukim Ulu Melaka)

Kawasan puncak Gunung Raya.

Memasang perangkap jaring kabut dan hap.

Mengenalpasti ekolokasi atau gelombang suara kelawar di puncak Gunung Raya.

Kelawar diberikan sumber tenaga (makanan dan minuman) sebelum dilepaskan semula ke tempat asal.

Antara spesies kelawar yang berjaya ditangkap. Dr. Juliana Senawi membuat lakaran bagi penemuan baru spesies kelawar.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.