Lawatan Kerja Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Haji Mohd. Ekhwan Haji Toriman ke PPL

Prof. Dr. Hj. Mod Ekhwan Hj. Toriman sedang menandatangani buku lawatan PPL

.

Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) berbesar hati menerima kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi  UKM, Prof. Dr. Haji Mohd. Ekhwan  Haji Toriman ke PPL pada 20 April 2017. Beliau yang baru sahaja dilantik menjadi TNC HEPI UKM pada 1 April 2017 yang lalu telah sudi meluangkan masa untuk melawat PPL dan ini merupakan salah satu program lawatan beliau untuk mengunjungi dan membincangkan strategi bagi mengukuhkan penyelidikan dan inovasi di makmal alami UKM.

Pada masa yang sama, PPL turut menerima kunjungan dari Dato’ Ahmad Talib, Pengerusi Yayasan Salam Malaysia dan konsultan media iaitu Dato’ Mohamad Fariq Abdul Rahman.

Sempena lawatan dari ketiga-tiga tetamu khas ini, Pengerusi PPL, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo telah berkesempatan menerangkan mengenai hala tuju PPL dan perkembangan penyelidikan yang dijalankan.

..sa

Dr. Tanot Unjah sedang memberikan penerangan 3 fakta menarik di Pulau Langkawi

.

Hadirin sedang mendengar taklimat yang diberikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo

.

Dari kiri (depan) : Dr. Sharina Abdul Halim, Datin Shima, Dato’ Ahmad Talib, Prof. Dr. Hj. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Dato’ Mohamad Fariq, Pror. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar, Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed, Encik Musa

Dari kini (belakang) : Prof. Dr. Norhayati Ahmad, Dr. Juliana Senawi, Prof. Dr. Mohd Raihan Taha, Prof. Dr. Che Aziz Ali

.

Laporan oleh Nurul Safaniza dan Ku Adriani.