Kerja Lapangan Pulau Dayang Bunting
Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM.
Tarikh: 4 Februari 2017
Tempat: Pulau Dayang Bunting, Langkawi, Kedah.
Satu kerja lapangan di sekitar Pulau Dayang Bunting yang diketuai oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo telah dijalankan pada 4 Februari yang lalu. Kerja lapangan ini bertujuan meninjau dan mengenalpasti keunikan dan keindahan Pulau Dayang Bunting bagi menghasilkan penerbitan baru perihalan pulau tersebut. Pakar-pakar penyelidik PPL yang turut terlibat termasuklah Prof. Dr. Norhayati binti Ahmad, Dr. Tanot Unjah, Dr. Sharina binti Abdul Halim dan Dr. Juliana binti Senawi. Kakitangan PPL (Cik Asbiyatulaida binti Derahman) dan Eworks Creative Sdn. Bhd. juga turut serta dalam kerja lapangan tersebut.
Menggunakan kamera dron bagi meninjau di kawasan sekitar Pulau Dayang Bunting.
Mendapat nama Pulau Dayang Bunting berikutan terdapatnya lanskap seakan-akan perempuan mengandung dikawasan sekitarnya.
Lanskap pemandangan yang indah di Pulau Dayang Bunting.
Beberapa lanskap geologi yang unik di Pulau Dayang Bunting.
Hutan bakau yang terdapat di sekitar Pulau Dayang Bunting.
Laluan sungai di Pulau Dayang Bunting.
Pemandangan sebuah perkampungan yang terdapat di Pulau Dayang Bunting.
Jeti-jeti yang terdapat di Pulau Dayang Bunting.
Nelayan adalah merupakan pekerjaan utama penduduk asal Pulau Dayang Bunting.
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.