Kerja Lapangan Projek GUP (Habitat Bakau) & Bicara Ilmu Geopark “Perihalan Interaksi Alam Hutan Bakau”

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI), UKM

Tarikh: 5 Mei 2017 – 7 Mei 2017

Tempat: Jeti Pelancongan Sungai Kilim dan Pengkalan Nelayan Jeti Kubang Badak

Satu kerja lapangan projek penyelidikan habitat bakau oleh Dr. Ahmad Aldrie Amir, yang merupakan pakar dan felo penyelidik PPL, bersama-sama Dr. Inga Nordhaus (pakar penyelidik haiwan bentik bakau) telah dijalankan di sekitar hutan bakau Kilim dan Kubang Badak. Kerja lapangan ini bertujuan mengenalpasti kepentingan dan kesinambungan habitat bakau Langkawi disamping merangka penyelidikan baru di hutan bakau yang terdapat di Langkawi. Kakitangan PPL dan pembantu penyelidik (Cik Maya Liyana Hamzah) juga turut serta dalam kerja lapangan tersebut.

Disamping itu, satu bicara ilmu bertajuk “Perihalan Interaksi Alam Hutan Bakau” telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Aldrie Amir pada malam 6 Mei 2017 di Auditorium Galeria Perdana, Kilim. Bicara Ilmu Geopark Siri 1 ini adalah merupakan anjuran Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad. Jemputan yang hadir termasuklah ahli koperasi Kilim, komuniti setempat, pemandu pelancong, agensi kerajaan dan swasta serta NGO.

Santuari Bakau, Kilim.

Gua Kelawar, Kilim

Mengenalpasti spesies-spesies ketam yang terdapat di kawasan hutan paya bakau Kilim:

Pulau Anak Tikus, Kilim

Fish Farm, Kilim

Pengkalan Jeti Kubang Badak

Bicara Ilmu Geopark Siri 1

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.