Program ‘STAB 6013-Conservation Biologi Trip’

Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi, UKM Bangi.

Tarikh: 7 – 10 April 2017

Tempat: Sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

Satu lawatan sambil belajar oleh pelajar pascasiswazah sarjana Fakulti Sains dan Teknologi (FST) telah diadakan di Pulau Langkawi. Program ‘STAB 6013-Conservation Biologi Trip’ ini diketuai oleh Dr. Juliana Senawi, selaku felo penyelidik PPL. Seramai 20 orang pelajar telah dibawa melawat ke Taman Rimba Kilim Kars bagi mendedahkan para pelajar kepada alam semulajadi, flora dan fauna serta lanskap geologi yang terdapat di kawasan sekitarnya. Para pelajar juga dibawa melawat ke tapak-tapak budaya di Pulau Langkawi termasuklah Taman Lagenda, Kompleks Kraf Langkawi dan Beras Terbakar. Disamping itu, para pelajar juga diberi peluang menghayati keindahan alam sekitar menerusi Nature Walk di Air Terjun Telaga Tujuh serta melawat ke Air Terjun Temurun. Sesi perbincangan kumpulan dan kuliah diadakan di Auditorium PPL, beserta lawatan di Galeri Penyelidikan PPL. Turut serta dalam program ini termasuklah Prof. Dr. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad, serta dibantu oleh pemandu pelancong dan kakitangan PPL.

Lawatan ke Gua Kelawar, Kilim.

Lawatan hutan bakau di Kilim.

Lawatan ke Fish Farm, Kilim.

Lawatan ke Taman Lagenda, Kuah.

Nature Walk di Air Terjun Telaga Tujuh.

Lawatan ke Air Terjun Temurun.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.