Lawatan Kerja Lapangan oleh Wakil Forest Research Centre (FRC) Sabah

Tarikh: 11 – 14 Oktober 2017

Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi dan Sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

Satu lawatan kerja lapangan di sekitar Pulau Langkawi oleh penyelidik daripada Forest Research Centre (FRC) Sabah, Encik Postar Miun telah dijalankan pada 11 hingga 14 Oktober 2017. Lawatan ini dikendalikan oleh pasukan penyelidik PPL, iaitu Prof. Dr. Norhayati Ahmad, Dr. Tanot Unjah dan Dr. Sharina Abdul Halim serta dibantu oleh kakitangan PPL. Tapak lapangan yang dilawati termasuklah Trail Telaga Tujuh, Kereta Kabel Langkawi, Air Terjun Temurun, Biogeotrail Kubang Badak, Kilim Geoforest Park, Tanjung Mali dan di sekitar Pulau Langkawi. Selain itu, beliau juga dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal di PPL. Encik Othman Ayeb dan Puan Indara Rahayu, yang merupakan pemandu pelancong tempatan dan juga ahli Geopark Ambassador, turut serta dalam lawatan kerja lapangan ini.

Lawatan ke Galeri Penyelidikan PPL

Lawatan ke Trail Telaga Tujuh

Lawatan ke Air Terjun Telaga Tujuh

Lawatan ke Kereta Kabel Langkawi

Lawatan ke Air Terjun Temurun

Lawatan ke Biogeotrail Kubang Badak

Lawatan ke Kilim Geoforest Park

Lawatan ke Tanjung Mali

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.

(Sumber foto: Prof. Dr. Norhayati Ahmad)