Lawatan ke Tapak Batu Jatuh Tanjung Mali Bersama YTM Tunku Temenggong Kedah

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 14 Oktober 2017

Tempat: Tanjung Mali, Langkawi, Kedah.  

Bersempena Karnival 10 Tahun Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG) yang dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Temenggong Kedah, Brigader Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz, satu lawatan ke tapak geowarisan Tanjung Mali anjuran LADA, dengan kerjasama PPL telah diadakan pada sebelah petang 14 Oktober 2017 yang lalu. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo dan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Dato’ Haji Azizan Noordin mengiringi YTM Tunku Temenggong Kedah ke tapak geowarisan batu jatuh tersebut. Selain itu, lawatan tapak tersebut turut dihadiri oleh pasukan penyelidik UKM iaitu Prof. Dr. Norhayati Ahmad dan Dr. Tanot Unjah, beberapa pegawai dan pengurus LADA, pegawai-pegawai PPL, presiden FLAG, pengusaha-pengusaha tempatan serta pegawai-pegawai kerajaan.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo memberikan penerangan berkaitan tapak geowarisan Tanjung Mali kepada YTM Tunku Temenggong Kedah.

Hadiah kenang-kenangan buku Burung-Burung Malaysia oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad kepada YTM Tunku Temenggong Kedah.

Dr. Tanot Unjah menunjukkan beberapa contoh batu jatuh yang terdapat di Tanjung Mali kepada YTM Tunku Temenggong Kedah.

Beberapa contoh batu jatuh yang terdapat di tapak geowarisan Tanjung Mali:

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.