Jemputan Pra-Penilaian Asean Sustainable Tourism Award (ASTA) 2018

Anjuran: Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad

Tarikh: 16 Oktober 2017

Tempat: Jeti Pelancongan Sungai Kilim, Langkawi.  

Pra-penilaian Asean Sustainable Tourism Award (ASTA) 2018 bertempat di Restoran Anjung Lestari, Kilim telah dijalankan pada 16 Oktober 2017. Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dan beberapa agensi kerajaan yang lain telah turut serta sebagai panel jemputan bagi penilaian tersebut. Seramai empat orang panel penilai daripada Pejabat Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Negeri Kedah telah melaksanakan pra-penilaian tersebut. Pada sesi pagi, para jemputan diberi taklimat oleh Pengerusi Koperasi Kilim (En. Kasa bin Harun), Presiden Langkawi Tour Guide Association (En. Othman bin Ayeb) dan sedikit penerangan tentang kriteria-kriteria penilian oleh Ketua Penolong Setiausaha Kanan (KPSUK). Pada sesi petang pula, semua jemputan dibawa melawat ke kawasan Kilim Geoforest Park dan bersama-sama menyertai Coral Adoption Program bagi program pemuliharaan batu karang di Lapisan Merah, Teluk Mempelam. Aturcara berakhir dengan penyampaian sijil Coral Adoption Program kepada panel penilai yang terlibat.

Sesi mendengar taklimat dan perbincangan.

Menaiki bot menyusuri Sungai Kilim di kawasan Kilim Geoforest Park.

Coral Adoption Program. En. Jamil Tajam bersama-sama komuniti tempatan menurunkan tukun tiruan di kawasan Teluk Mempelam.

 

Laporan oleh Muhammad Nikman bin Ahmadan.