Lawatan oleh Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Langkawi

Pada 3 Ogos 2017 yang lalu, seramai 143 pelajar tingkatan 1 dan 2 guru pengiring dari Maktab Rendah Sains Mara Langkawi telah datang ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) bagi mendengar kuliah ringkas mengenai perbatuan, fosil dan tanah yang diberikan oleh Ketua Program Geologi dan Lanskap PPL iaitu Dr Tanot Unjah.

Tajuk kuliah yang dipilih ini bersesuaian dengan salah satu tajuk di dalam subjek Kimia yang diajar di maktab iaitu “Earth, & Beyond : Rocks and Soils”.

Kuliah ringkas ini bermula dari jam 8 pagi dan diikuti dengan lawatan ke Galeri PPL dan berakhir pada jam 1 petang.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob