Lawatan Tapak ke Tasik Dayang Bunting (Program Langkawi UNESCO Global Geopark Exploration)

Anjuran: Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 13 November 2017

Tempat: Pulau Dayang Bunting, Langkawi, Kedah.  

LESTARI dengan kerjasama PPL dan LADA telah mengadakan Program Langkawi UNESCO Global Geopark Exploration pada 11 hingga 14 November 2017 bertempat di Langkawi. Program yang diketuai oleh Dr. Rahmah Elfithri, iaitu felo penyelidik LESTARI ini bertujuan memperkenalkan Langkawi UNESCO Global Geopark kepada 7 Jawatankuasa tetap (JKT) di bawah Malaysian National Commission for UNESCO (NatCom/SKUM) menerusi beberapa elemen utama iaitu geologi, biologi dan sosio-budaya. Pada program ini, lawatan tapak ke Tasik Dayang Bunting telah dikendalikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo. Lawatan tersebut disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besar Lada Eco Tourism Sdn Bhd (LETSB), iaitu sebuah anak syarikat LADA yang bertanggungjawab menguruskan Tasik  Dayang Bunting. Para peserta yang terlibat dalam program ini terdiri daripada pegawai-pegawai Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Bahagian Antarabangsa (Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia), Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Luar Negeri, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia), Bahagian Antarabangsa serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Selain itu, lawatan ini turut disertai oleh pemandu-pemandu pelancong tempatan serta pegawai-pegawai dan pembantu penyelidik daripada LESTARI.

Laporan oleh Asbiyatulaida Derahman.

Menaiki bot di Jeti Teluk Baru menuju ke Tasik Dayang Bunting.

Disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif (Pn. Noraini) dan Pengurus Besar (En. Shamshul) daripada Lada Eco Tourism Sdn. Bhd.

Melawat Pusat Informasi di Tasik Dayang Bunting.

Mendengar taklimat yang diberikan oleh En. Yasmin (pegawai Lada Eco Tourism Sdn. Bhd.) dan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo.

Menuruni tangga menuju ke Tasik Dayang Bunting.

Pemandangan di Tasik Dayang Bunting.

Kolam Tasik Dayang Bunting yang disediakan kepada pelancong.

Berpeluang menaiki bot solar yang disewakan kepada pelancong.

Melawat sempadan air tawar dan air masin di penghujung Tasik Dayang Bunting.

Mendengar penerangan berkenaan Tasik Dayang Bunting yang disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo.