Lawatan Lapangan: Program New Colombo Plan (Australia-Malaysia) 2018

Anjuran: Pusat Hubungan Antarabangsa UKM

Tarikh: 22 – 24 Januari 2018

Tempat: Sekitar Pulau Langkawi dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Program New Colombo Plan (Australia-Malaysia) 2018 anjuran Pusat Hubungan Antarabangsa UKM telah mengadakan lawatan lapangan ke sekitar Langkawi bertempat di PPL. Lawatan lapangan ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad (Pengerusi PPL) dan Dr. Tanot Unjah (Ketua Program Geologi dan Lanskap PPL), serta dibantu oleh Cik Asbiyatulaida Derahman (Pegawai Sains PPL). Lawatan lapangan ini merangkumi dua kawasan geo-taman unik di Langkawi iaitu Machinchang Cambrian Geoforest Park dan Kilim Karst Geoforest Park. Para peserta didedahkan dengan pelbagai maklumat dan informasi berkenaan flora dan fauna, serta lanskap dan batuan unik dan menarik yang terdapat di Langkawi.

Machinchang Cambrian Geoforest Park:

Perjalanan menuju ke Air Terjun Telaga Tujuh.

Membuat aktiviti di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh.

Melawat Geopark Center di Oriental Village.

Penerangan oleh Dr. Tanot Unjah di stesen pertengahan kereta kabel.

Membuat aktiviti di Pantai Pasir Tengkorak.

Penerangan oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad di Air Terjun Temurun.

Kilim Karst Geoforest Park:

Penerangan oleh Dr. Tanot Unjah di Jeti Kilim.

Menaiki bot menyusuri Sungai Kilim.

Penerangan oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad di Gua Kelawar.

Membuat aktiviti di Pulau Anak Tikus.

Penerangan oleh Paksu di kawasan penternakan dan pemuliharaan ikan.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.