Kajian Flora Batuan Kapur

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM.

Tarikh: 26 Januari 2018 – 30 Januari 2018

Tempat: Teluk Dalam (Pulau Langgun) dan Sekitar Kilim, Langkawi.

Pengkajian tentang flora atau tumbuhan batuan kapur di kawasan Kilim Karst Geoforest Park telah dijalankan pada 26 hingga 30 Januari 2018 yang lalu oleh Dr. Shamsul Khamis (Penyelidik Geran Bersama) daripada Pusat Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Kajian ini adalah bagi mengenalpasti dan menentukan spesis-spesis flora yang terdapat di kawasan batuan kapur. Bancian flora dibuat keatas pokok yang berdiameter ukur lilit 5cm dan lebih. Sampel-sampel daun, buah atau bunga diambil untuk dijadikan koleksi herbarium. Beberapa plot berukuran 20m x 25m telah dibuat di sepanjang trail atau laluan di Teluk Dalam, menuju ke Tasik Langgun, iaitu tasik air tawar yang kedua terbesar di Langkawi. Perjalanan melalui trail menuju ke Tasik Langgun mengambil masa selama 30-45 minit. Kerja lapangan ini dibantu oleh pelajar-pelajar siswazah (biologi tumbuhan) dan kakitangan PPL. Turut membantu adalah wakil daripada Koperasi Kilim, iaitu En. Omar Ariffin (Pak Njang) yang merupakan Ambassador Geopark. Selain itu, lawatan ke beberapa kawasan batuan kapur lain di Kilim juga dibuat bagi mengenalpasti jenis dan spesis flora untuk kajian seterusnya.

Menaiki bot di kawasan Kilim Geoforest Park.

Kawasan kajian: Teluk Dalam, Pulau Langgun.

Trail atau laluan pendakian menuju ke Tasik Langgun.

Penerangan metodologi kajian oleh Dr. Shamsul Khamis.

Membuat ukuran plot 20m x 25m.

Menggunakan kompas bagi menentukan arah kawasan plot.

Laluan pendakian di dalam kawasan plot.

Mengambil ukur lilit diameter pokok.

Membuat tagging atau penandaan pada sampel pokok.

Mengambil sampel daun, buah atau bunga untuk dijadikan koleksi herbarium.

Membuat tagging pada setiap koleksi sampel yang diambil.

Memproses sampel-sampel yang diperolehi di bilik Makmal Biologi PPL.

Pemandangan indah kawasan Tasik Langgun.

Lain-lain spesis flora batuan kapur direkodkan dan dikenalpasti:

Gua Kelawar.

Pulau Anak Tikus.

Gua Langsir.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.