Lawatan Lapangan BioGeoTrail Kubang Badak
Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM.
Tarikh: 6 Februari 2018
Tempat: Sekitar Kubang Badak, Langkawi.
Satu lawatan lapangan bagi pembangunan BioGeoTrail Kubang Badak telah diadakan pada 7 Februari yang lalu. Lawatan lapangan ini bertujuan mengenalpasti beberapa perkara penting dan penambahbaikan bagi pembangunan BioGeoTrail Kubang Badak. Dua buah bot daripada Koperasi Nelayan Sungai Kubang Badak Langkawi Berhad telah digunakan bagi melawat setiap lokasi BioGeoTrail tersebut. Pasukan pakar penyelidik PPL yang terlibat termasuklah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (Felo Penyelidik PPL), Prof. Dr. Norhayati Ahmad (Pengerusi dan Ketua Program Warisan Kepelbagaian Biologi), Dr. Tanot Unjah (Ketua Program Warisan Geologi dan Landskap PPL) dan Dr. Sharina Abdul Halim (Ketua Program Warisan Budaya dan Kelestarian Sosial PPL). Turut serta dalam lawatan ini termasuklah kakitangan dan pegawai daripada LADA (Bahagian Geopark dan Konservasi, Bahagian Kejuruteraan Teknikal serta Bahagian Perancang), AJK Koperasi Nelayan Sungai Kubang Badak Langkawi Berhad, pemandu-pemandu pelancong (Geopark Ambassador) serta pegawai-pegawai daripada PPL.
Papan informasi berkenaan lokasi BioGeoTrail Kubang Badak.
Taklimat ringkas oleh Pengurus Bahagian Geopark dan Konservasi LADA.
Lokasi BioGeoTrail Kubang Badak: Pusat Maklumat atau Galeri Kubang Badak.Lokasi BioGeoTrail Kubang Badak: Pengkalan Jeti Kubang Badak.
Lokasi BioGeoTrail Kubang Badak: Sungai Siam.
Lokasi BioGeoTrail Kubang Badak: Sungai Siam (Kebuk Arang).
Lokasi BioGeoTrail Kubang Badak: Sungai Siam (Bukit Menora).
Lokasi BioGeoTrail Kubang Badak: Gua Pinang.
Lokasi BioGeoTrail Kubang Badak: Pulau Jemuruk.
Lokasi BioGeoTrail Kubang Badak: Tanjung Buta.
Lokasi BioGeoTrail Kubang Badak: Pemandangan Landskap Menarik.
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.