Kolokium Siswazah Pengajian Arab Dan Tamadun Islam (KOSPATI 2.0) 2018

Anjuran: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Tarikh: 24 Februari 2018

Masa: 8 pagi hingga 5.30 petang

Kolokium Siswazah Pengajian Arab Dan Tamadun Islam (KOSPATI 2.0) 2018 telah berlangsung pada 24 Februari 2018. Pelajar dan pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam UKM telah tiba di Pusat Penyelidikan Langkawi dari 23 Februari lagi. Sepanjang kolokium dijalankan,terdapat 3 sidang pembentangan berlangsung. Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman, Pengerusi/ Pengarah Kolokium. Manakala ucaptama disampaikan oleh Ustaz Anwar Muttaqin yang merupakan Pemangku Pengurus Masjid Negeri Sembilan. Peserta KOSPATI 2.0 berangkat pulang ke UKM pada 25 Februari 2018.

Ucapan Perasmian Oleh Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman.

Ucaptama oleh Ustaz Anwar Muttaqin.

Peserta KOSPATI 2.0 dibawa melawat Galeri Pusat Penyelidikan Langkawi semasa minum pagi.

 

Laporan oleh Nor Amilia Che My