CSR (Tree Tagging) – Retreat Pusat Komunikasi Korporat 2018

Anjuran         : Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM.

Tarikh            : 15 April 2018

Tempat           : Pusat Penyelidikan Langkawi, Langkawi, Kedah.

Pusat Komunikasi Korporat (PKK), UKM telah mengadakan satu program iaitu Retreat Pusat Komunikasi Korporat 2018 pada 14 hingga 16 April 2018 di Langkawi, Kedah. Salah satu aktiviti yang terdapat di dalam program ini adalah tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) iaitu penandaan pokok (tree tagging).  Aktiviti CSR ini telah dijalankan pada 15 April 2018, dimana sebanyak 21 pokok telah dipasangkan penandaan nama oleh para peserta yang terlibat. Senarai pokok termasuklah pokok Cinta mula, Setul, Penaga, Tulang daing, Santai paya, Tongkat Ali, Bekak, Kaum kopi, Kayu arang, Keruing bukit, Kedondong kerantai licin, Kelumpang, Ara, Kekatong, Nyalas, Giam malut dan Keledang temponek. Turut serta terlibat dalam aktiviti ini termasuklah kakitangan PPL, iaitu Cik Asbiyatulaida Derahman dan En. Muhammad Nikman Ahmadan. Selain itu, aktiviti turut dibantu oleh En. Muhammad Fauzan Hakimiee Ishak dan Pn. Nurul Nur Amalina Shabudin. Penandaan pokok di Laluan Hutan PPL (PPL Trail) ini adalah merupakan salah satu program kendalian Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail, iaitu felo penyelidik PPL dalam bidang perhutanan.

Demonstrasi penandaan pokok oleh En. Muhammad Nikman Ahmadan.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.