Lawatan Tapak Batu Belah

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 19 April 2018 (9 pagi)

Tempat: Ceruk Nali Kedawang, Langkawi, Kedah.

Pakar penyelidik PPL, iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo dan Prof. Dr. Norhayati Ahmad, telah dijemput bersama-sama melawat ke kawasan tapak Batu Belah di kawasan Ceruk Nali Kedawang, Langkawi. Lawatan ini telah disertai oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Geopark, Bahagian Pelancongan dan kakitangan LADA, serta pegawai PPL. Semasa lawatan tersebut, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo berkesempatan memberikan penerangan dan penjelasan tentang batuan granit dan pembentukan batuan (tor) yang terdapat di kawasan Batu Belah tersebut.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.