Outreach Program – Langkawi UNESCO Global Geopark

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB)

Tarikh: 19 April 2018 (11 pagi)

Tempat: Oriental Village, Langkawi, Kedah.

Satu outreach program anjuran LADA dan PLSB telah diadakan di Oriental Village pada 19 April 2018 yang lalu. Program ini adalah bertujuan mendedahkan para peserta mengenai apa itu Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG) secara lebih terperinci. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, iaitu felo penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah dijemput sebagai penceramah. Para peserta yang hadir termasuklah kakitangan LADA, PLSB, Lada Eco-Tourism Sdn Bhd serta Langkawi Port Sdn Bhd.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman