Lawatan Delegasi Pegawai Tinggi Uzbekistan ke Pusat Penyelidikan Langkawi
Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Kembangan Pendidikan (PKP UKM) telah menawarkan kursus pendek berkenaan Pentadbiran Awam kepada 21 orang delegasi Pegawai Tinggi dari Uzbekistan. Kursus yang ditawarkan ini berlangsung selama sebulan bermula dari 11 April hingga 9 Mei 2018.
Salah satu aktiviti yang dimasukkan dalam kursus ini adalah lawatan ke Pusat Penyelidikan Langkawi LESTARI UKM. Lawatan tersebut telah berjalan dengan jayanya pada 4 Mei 2018 yang lalu. Sepanjang lawatan tersebut, delegasi telah ditayangkan video berkenaan Langkawi Geopark dan juga diberi penerangan di Galeri Penyelidikan PPL.
Turut serta dalam lawatan ini adalah Timbalan Pengarah Institut Islam Hadhari, Prof. Madya Dr. Mashitoh binti Yaacob.
Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.