Warga PPL Bebas Dadah

Encik Hazimin sedang memberikan taklimat tentang tatacara saringan ujian air kencing kepada kakitangan PPL.

Pada 14 Mei 2018, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Langkawi telah berjaya mengadakan sesi saringan air kencing keatas semua pekerja yang bekerja di Pusat Penyelidikan Langkawi. Sebanyak 12 kakitangan yang terdiri daripada 4 kakitangan UKM, 3 pengawal keselamatan dan 5 pekerja pembersihan telah melalui ujian ini. Keputusan ujian air kencing menunjukkan kesemua kakitangan PPL bebas dari penggunaan dadah.

Pihak AADK telag menghantar 3 kakitangan mereka iaitu Encik Mahazan bin Rahman, Puan Hidayah Che Don dan Encik Hazimin Haji Ramli (Ketua Unit Pencegahan) untuk menjalankan saringan ini. Encik Hazimin bersama rakan-rakan setugas terlebih dahulu telah memeriksa bilik air di PPL bagi memastikan tiada simpanan air kencing yang tersorok di dalamnya.

Sebelum ujian ini dilakukan, Encik Hazimin juga telah memberi taklimat ringkas mengenai bahaya penggunaan dadah dan juga tatacara bagaimana ujian saringan ini akan diadakan.

Sebaik sahaja ujian selesai dijalankan, Encik Hazimin dan rakan-rakan dibawa masuk ke Galeri PPL untuk taklimat ringkas berkaitan penyelidikan yang dijalankan dan juga taklimat mengenai Langkawi UNESCO Global Geopark.

Setiap kakitangan perlu mengemukakan kad pengenalan sebelum ujian dilakukan.
Dari kiri : Ku Adriani, Encik Hazimin Haji Ramli, Encik Mahazan bin Rahman dan Puan Hidayah Che Don.
Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.