Perkongsian Ilmu Bersama Junglewalla

Satu perkongsian ilmu mengenai Langkawi UNESCO Global Geopark di antara PPL dan kakitangan Junglewalla telah diadakan pada 30 Mei 2018.

Seramai 5 pemandu pelancong dari Junglewalla telah menyertai sesi ini. Mereka terdiri daripada:

  1. Nur Zailis bt. Ishak
  2. Syazreen Sophia Abdul Halim
  3. Zulfiri A’zim bin Zohari
  4. Mohd Latiff bin Mohd Yusoff
  5. Muhammad Fajrul Hazreen bin Zainal

Empat daripada mereka baru sahaja memulakan kerjaya mereka dengan Junglewalla. Pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan Langkawi Geopark kepada pemandu pelancong muda ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka mengenali Langkawi Geopark dengan lebih baik.

Junglewalla merupakan sebuah syarikat perlancongan yang menawarkan pakej perlancongan berasaskan alam semulajadi. Syarikat ini telah ditubuhkan pada awal tahun 1994 di Langkawi oleh Irshad Mobarak dengan bantuan rakan baiknya Miles Baddeley (Wildlife for the Future-UK). Objektif utama penubuhan Junglewalla adalah bagi mendidik dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengenali dan mengalami sendiri sejarah semula jadi yang kaya di Langkawi. Lawatan pengembaraan ini dikendalikan oleh sekumpulan pemandu pelancong alam semula jadi yang berdedikasi dan bersemangat.

Pada sesi kali ini mereka telah diberikan taklimat ringkas mengenai Geopark melalui pembentangan slaid, kuiz dan juga sedikit taklimat ketika melawati galeri penyelidikan PPL.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.