Sambutan Hari Pemuliharaan Ekosistem Hutan Bakau Sedunia 2018 “World Mangrove Day” @ Kilim – Langkawi
Anjuran: Koperasi Komuniti Kampung Kilim Berhad dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI, UKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Langkawi Tourist Guide Association (LTGA).
Tarikh: 26 Julai 2018
Tempat: Santuari Bakau & Restoran Anjung Lestari Jeti Pelancong Sungai Kilim, Langkawi.
Satu program bagi Sambutan Hari Pemuliharaan Ekosistem Hutan Bakau Sedunia 2018 telah dianjurkan oleh Koperasi Kilim Langkawi dengan kerjasama LADA, UKM, UMT dan LTGA. Pengisian program ini termasuklah bagi tujuan mengenali kepelbagaian biologi dan sumber hutan bakau, memahami fungsi dan peranan ekosistem hutan bakau serta menyemai anak benih dan menanam anak pokok untuk pemuliharaan hutan bakau. Program ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Dr. Abdul Ghani Hussain, iaitu pengasas Herbwalk Langkawi. Setelah itu, para peserta diberi peluang menyemai benih bakau dari 3 jenis spesies yang berlainan iaitu Ceriops tagal (tengar), Rhizophora apiculata (bakau minyak) dan Rhizophora mucronata (bakau kurap). Kemudian, para peserta dijemput mengikuti bengkel bertajuk Mengenalpasti Ciri dan Kepelbagaian Spesis Flora/Tumbuhan Hutan Bakau yang dikendalikan oleh Tuan Haji Muhammad Razali Salam (UMT) dan Dr. Ahmad Aldrie Amir (LESTARI, UKM). Majlis berakhir dengan penyampaian sijil penghargaan kepada setiap peserta yang hadir serta cenderahati kepada penceramah.
Santuari Bakau, Jeti Pelancongan Sungai Kilim, Langkawi:
Ucapan perasmian oleh Dr. Abdul Ghani Hussain:
Aktiviti penyemaian benih bakau:
Bengkel Mengenalpasti Ciri dan Kepelbagaian Spesis Flora/Tumbuhan Hutan Bakau:
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.
Sumbangan gambar: Koperasi Kilim Langkawi