Kerja Lapangan Pengumpulan Sampel Galeri Geopark

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) & Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 11 – 14 Januari 2019

Tempat: Sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

Satu kerja lapangan pengumpulan sampel bagi penyediaan bahan pameran batuan di Galeri Geopark Jeti Pelancongan Kilim (Discovery Centre) telah dijalankan pada 11 hingga 14 Januari 2019. Kerja lapangan ini diketuai oleh Ketua Program Penyelidikan Warisan Geologi dan Landskap PPL iaitu Dr. Tanot Unjah dan disertai oleh beberapa orang Renjer Geopark LADA serta kakitangan PPL. Antara tempat-tempat yang dikunjungi bagi persampelan batuan ini adalah di kawasan Pengkalan Jeti Kubang Badak, Pengkalan Jeti Teluk Baru (Pulau Dayang Bunting), Ulu Melaka, Datai, Makam Mahsuri dan Kuah.

Tempat: Pengkalan Jeti Kubang Badak (Tanjung Didih, Tanjung Pesak Seluar dan Tanjung Buta)

Persampelan batuan sempadan Formasi Machinchang (batu pasir) dan Formasi Setul (batu kapur) di Tanjung Didih.

Persampelan batuan kapur Formasi Setul di Tanjung Pesak Seluar.

Persampelan batuan mineral kuarza di Tanjung Buta.

 

Tempat: Pengkalan Nelayan Teluk Baru (Pulau Singa Kecil dan Pulau Ular)

Persampelan batuan kapur Formasi Chuping di Pulau Singa Kecil.

Persampelan batuan lumpur berpebel Formasi Singa di Pulau Ular.

Persampelan fosil surih (ichnofossil) batuan pasir Formasi Singa di Pulau Ular.

 

Tempat: Kuari Gemi Puncak Granite

Persampelan batuan granit di Kuari Gemi Puncak, Jalan Ulu Melaka, Langkawi.

 

Tempat: Bukit Temin, Makam Mahsuri

 

Pemotongan dan pembersihan sampel batuan:

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.