Kajian Kepelbagaian Kelawar di Pulau Dayang Bunting

Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi (FST, UKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 22 – 27 Jan 2018

Tempat: Tasik Dayang Bunting, Langkawi, Kedah.

Satu kajian tentang kepelbagaian kelawar di Pulau Dayang Bunting yang diketuai oleh Felo Penyelidik PPL, iaitu Dr. Juliana Senawi telah dijalankan di kawasan hutan dan gua-gua di sekitar Tasik Dayang Bunting pada 22 hingga 27 Januari yang lalu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengumpul maklumat berkaitan haiwan unik ini dan menilai potensi kelawar untuk dijadikan sebagai haiwan tarikan pelancong di Pulau Langkawi. Disamping itu, kajian ini juga bertujuan mendapatkan koleksi gambar bagi penerbitan buku “Dayang Bunting Marble Geoforest Park: Langkawi UNESCO Global Geopark”. Perangkap harpa, jaring kabut dan jaring tinggi adalah antara jenis-jenis perangkap yang digunakan dalam kajian ini bagi penangkapan kelawar. Turut serta dalam kajian ini termasuklah beberapa orang pelajar, pembantu penyelidik, Renjer Geopark Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan kakitangan PPL. Pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan penyelidikan kelawar seperti teknik pengecaman spesies kelawar di lapangan turut dikongsikan bersama oleh penyelidik.

Menaiki bot di Jeti Pelancongan Pekan Rabu, Kuah, bagi perjalanan ke Tasik Dayang Bunting.

Memasang jenis perangkap harpa (harp trap).

 

Memasang perangkap jenis jaring kabut (mist net).

 

Mendaki bukit untuk mencari kawasan-kawasan gua yangmana berpotensi bagi penangkapan kelawar.

 

Melakukan kerja-kerja penyelidikan seperti pengenalpastian jenis spesies, pengambilan sampel DNA dan pelabelan spesimen kelawar.

 

Sesi perkongsian ilmu berkaitan penyelidikan kelawar di lapangan dikongsikan bersama oleh penyelidik.

Pengecaman spesies kelawar di Gua Tok Edang, Pulau Dayang Bunting.

Persampelan spesies kelawar di kawasan gua di Pantai Pulau Dayang Bunting.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.