Leadership for Sustainability

 

Anjuran: Kolej Ibu Zain (KIZ-UKM), Institut Alam Sekitar Dan Pembangunan (LESTARI) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 1 – 3 Mac 2019

Tempat: Sekitar Pulau Langkawi dan Pusat Penyelidikan Langkawi

Kolej Ibu Zain (KIZ) UKM dengan kerjasama LESTARI dan PPL telah menganjurkan satu program kepimpinan menerusi aspek kelestarian kepada ahli-ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) KIZ. Program ini diketuai oleh Dato’ Shaharudin Mohd Ismail dan berlangsung selama 3 hari di PPL, Langkawi, Kedah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah kuliah, aktiviti berkumpulan, kerja lapangan dan lawatan sekitar Pulau Langkawi. Program ini turut disertai oleh kakitangan KIZ dan PPL.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.