Lawatan oleh SK. Sg. Pinang, Pulau Pinang

Anjuran: SK Sg. Pinang dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 7 Julai 2019

Tempat: Bilik Seminar PPL, Langkawi, Kedah.

Pada 7 Julai yang lalu, seramai 40 orang guru dari SK Sg. Pinang telah mengadakan lawatan ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Lawatan selama 2 jam ini dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai pengenalan kepada PPL oleh Cik Asbiyatulaida Derahman. Sewaktu menikmati jamuan ringan yang disediakan, para peserta ditayangkan dengan video PPL dan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Setelah itu, semua peserta dibawa melawat ke makmal-makmal dan Galeri Penyelidikan PPL. Pelajar Latihan Industri (LI) dan kakitangan PPL juga turut serta membantu rombongan peserta lawatan tersebut.

Taklimat ringkas oleh Cik Asbiyatulaida Derahman, Pegawai Sains PPL.

Lawatan di Makmal Biologi (kajian flora dan fauna).

Lawatan di Makmal Rokarium (kajian geologi).

Lawatan di Galeri Penyelidikan PPL.

Penyampaian cenderahati oleh pihak SK Sg. Pinang dan PPL.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.