UKM-GLOBAL Student Mobility Partnerships 2019 – STPD4044: Sustainability of Tropical Heritage

Anjuran: Pusat Hubungan Antarabangsa (PHA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 22 – 28 Julai 2019

Tempat: PPL dan Sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

Program UKM-Global Student Mobility Partnerships (GSMP) 2019 anjuran Pusat Hubungan Antarabangsa (PHA) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah diadakan di Pulau Langkawi pada 22 hingga 28 Julai 2019. Seramai 26 orang pelajar dari pelbagai negara termasuklah Mexico, Hong Kong dan Malaysia turut terlibat sebagai peserta program. Pada program ini, para pelajar didedahkan dengan budaya dan kehidupan masyarakat tempatan Langkawi menerusi pembentangan kuliah dan lawatan lapangan di sekitar pulau lagenda tersebut.

Melawat dan menghayati cerita mitos dan lagenda Pulau Langkawi di Taman Lagenda.

Mewarna batik di Kompleks Kraftangan Langkawi.

Kuliah biodiversiti flora dan fauna oleh Dr. Juliana Senawi.

Melawat ke Kilim Karst Geoforest Park. Beberapa tempat yang dilawati termasuklah Santuari Bakau, Gua Kelawar, Melihat Helang, Pulau Anak Tikus dan Kolam Ternakan Ikan Paksu.

Melawat taman rekreasi Air Terjun Durian Perangin.

Kuliah sosio-budaya oleh Dr. Sharina Abdul Halim.

Menjalankan aktiviti bersama para pelajar SMK Mahsuri.

Menimba pengalaman cara hidup tradisional masyarakat tempatan seperti bersawah, kukur kelapa, membuat kuih karas serta melawat galeri di Laman Padi.

Kuliah biodiversiti burung oleh Dr. Farah Shafawati Mohd Taib.

Aktiviti melihat burung di kawasan Bon Ton.

Aktiviti mengenali jenis batuan yang terdapat di Air Terjun Telaga Tujuh.

Menaiki kereta kabel di kawasan Gunung Machinchang.

Aktiviti mengenalpasti usia batuan di kawasan Pantai Pasir Tengkorak.

Mendengar taklimat berkenaan LUGGp di Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.