Kerja Lapangan Persampelan dan Penyediaan Spesimen bagi Kajian Kumbang Scarabaeidae

Anjuran: Universiti Malaya (UM), National University of Singapore (NUS) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 26 – 29 Julai 2019

Tempat: Gunung Raya dan Air Terjun Temurun, Langkawi, Kedah.

Satu kerja lapangan bagi kajian kumbang Scarabaeidae telah dijalankan di beberapa kawasan di sekitar Pulau Langkawi oleh pelajar-pelajar pascasiswazah phD dan sarjana, serta pelajar Latihan Industri (LI) daripada Universiti Malaya (UM) dan National University of Singapore (NUS). Antara lokasi persampelan bagi kerja lapangan ini termasuklah di bahagian atas Gunung Raya, kawasan Lubuk Sembilang serta di kawasan Air Terjun Temurun. Manakala, bagi pengenalpastian dan penyediaan spesimen, ianya dilakukan di Makmal Biologi Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Semasa di lapangan, beberapa perangkap telah dibuat, antaranya adalah flight intersection trap (FIT), pitfall trap, arboreal dung beetle trap dan burrowing intersection trap. Setiap perangkap dibiarkan selama 24 jam atau semalaman bagi mendapatkan spesimen yang terperangkap. Sementara itu, pada waktu tengah malam, perangkap lampu digunakan bagi mendapatkan jenis spesimen kumbang tanduk. Selain daripada para pelajar UM dan NUS, kerja lapangan ini turut disertai oleh beberapa orang pelajar LI serta seorang Pegawai Sains daripada PPL.

Menaiki Tangga Helang Seribu Kenangan di kawasan Lubuk Sembilang bagi menuju ke kawasan persampelan.

 

Perangkap jenis: flight intersection trap (FIT).

Perangkap jenis: pitfall trap.

Perangkap jenis: arboreal dung beetle trap.

Perangkap jenis: burrowing intersection trap.

Perangkap lampu dipasang pada waktu tengah malam di kawasan atas Gunung Raya dan Air Terjun Temurun.

Pengasingan dan pengecaman spesis kumbang serta penyediaan spesimen kering (dry specimen) dilakukan di Makmal Biologi PPL.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.