Lawatan oleh Geopark Meratus Kalimantan Selatan
Anjuran: Geopark Meratus Kalimantan Selatan (Indonesia), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)
Tarikh: 03 – 05 Januari 2020
Tempat: PPL dan sekitar Pulau Langkawi, Kedah
Pada 3 hingga 5 Januari yang lalu, Geopark Meratus telah mengadakan lawatan ke Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) bagi mendapatkan pendedahan menyeluruh tentang konsep pembangunan geopark di Langkawi, disamping memperkukuh dan memperkasakan jaringan kerjasama serta inisiatif geopark. Geopark Pergunungan Meratus yang terletak di Provinsi Kalimantan Selatan adalah merupakan salah satu ikon pariwisata dan kebanggaan masyarakat Banjarmasin, khususnya. Pergunungan Meratus terdiri daripada batuan ultramafik, malihan (metamorfik), melange dan terobosan (ophiolite series) yang dianggarkan berusia pada zaman Jurasic (150-200 juta tahun) hingga awal Cretaceous (100-150 juta tahun). Lawatan mesra ini diiringi oleh pakar-pakar penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pengurus Besar Bahagian Geopark LADA serta dibantu oleh pegawai dan kakitangan PPL.
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.