Bengkel Pementoran Koperasi Terpilih @Jerai Geopark

Anjuran: Koperasi Jerai Geopark (Coop@Jerai Geopark), ANGKASA Kedah dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 3 – 5 Disember 2021

Tempat: MyAngkasa Akademi & Resort, Langkawi (MAAR) & UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS)

Satu bengkel pementoran koperasi anjuran Koperasi Jerai Geopark dengan Kerjasama ANGKASA Kedah dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah berlangsung dengan jayanya pada 3 hingga 5 Disember 2021 yang lalu. Penganjuran bengkel bertajuk “Community Based Tourism” ini adalah bertujuan untuk mendapatkan perkongsian dalam menjayakan perniagaan berasaskan koperasi di Jerai Geopark, disamping membangun dan memperkasakan keupayaan pemimpin koperasi. Semasa program berlangsung, peserta-peserta telah dibawa melawat ke Taman Georimba Kilim Kars dan Biogeotrail Kubang Badak. Selain itu, para peserta juga dibawa ke PPL-UKM untuk lawatan Galeri Penyelidikan PPL, serta mendengar ceramah mengenai kepelbagaian biodiversiti di Langkawi oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad. Forum bertajuk Pembangunan Komuniti dalam Sektor Pelancongan Geopark yang dimoderatorkan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo juga turut diadakan. Prof. Dr. Che Aziz Ali juga turut hadir berkongsi maklumat bersama peserta-peserta bengkel.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida binti Derahman