Kerja Lapangan Kajian Kebolehlaksanaan Teknologi Realiti Maya dalam Kelestarian Kebuk Arang

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 8 Disember 2021

Tempat: Kebuk Arang, Pengkalan Nelayan Jeti Kubang Badak, Langkawi

Pada 8 Disember 2021 yang lalu, satu kerja lapangan kajian kebolehlaksanaan teknologi realiti maya telah diadakan di Pengkalan Nelayan Jeti Kubang Badak. Kajian yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat umum berkenaan pelaksanaan serta penggunaan aplikasi mudah alih realiti maya dalam menjamin kemampanan kawasan tinggalan sejarah kebuk arang ini, diketuai oleh Dr. Lim Chen Kim, iaitu selaku Felo Penyelidik di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM). Beberapa penduduk tempatan yang terdiri daripada pemandu bot, pemandu pelancong serta nelayan telah ditemubual bagi mendapatkan maklumat dan perkongsian cerita. Disamping itu, peserta kajian juga dibawa menaiki bot menyusuri Sungai Siam ke kawasan kebuk arang. Kerja lapangan ini turut disertai oleh En. Othman Ayeb (Felo Bersekutu PPL-UKM), pelajar siswazah dan kakitangan-kakitangan PPL-UKM.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida binti Derahman