Kunjungan Mesra Naib Canselor UKM serta Penggambaran Sejenak Minda

Anjuran:  Pusat Komunikasi Korporat (PKK-UKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 22 Januari 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 22 Januari 2022 – Kunjungan Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM), Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), bagi pertemuan dan perbincangan bersama pakar-pakar penyelidik serta kakitangan-kakitangan PPL-UKM telah disambut mesra oleh Pengerusi PPL-UKM, iaitu Dr. Sharina Abdul Halim. Perbincangan bersama ini turut diadakan secara atas talian bagi membolehkan pasukan penyelidik PPL-UKM yang tidak dapat hadir secara bersemuka untuk turut serta mengikuti perbincangan yang dijalankan. Disamping itu, penggambaran program ‘Sejenak Minda’ juga turut diadakan di Galeri Penyelidikan PPL-UKM serta kawasan-kawasan sekitar PPL-UKM. Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla (menjalankan tugas Pendaftar UKM) dan Dr. Shahrul Nazmi Sannusi (Pengarah PKK-UKM).

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman

Sumber foto: PPL-UKM