Bual IPT: Melestarikan Warisan Geologi, Biologi dan Warisan Budaya

Anjuran:  Berita RTM Saluran 123

Tarikh: 12 Februari 2022

Tempat: Siaran Langsung di Saluran 123 Berita RTM dan Media Sosial Facebook BES (@BESTVRTM)

Satu temubual istimewa Lensa IPT yang membicarakan tentang “Melestarikan Warisan Geologi, Biologi dan Warisan Budaya” dalam aspek pembangunan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark telah dijayakan secara langsung menerusi saluran 123 Berita RTM. Tetamu jemputan adalah Dr. Tanot Unjah, selaku Ketua Program Penyelidikan Geologi dan Landskap Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM), Felo Penyelidik Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI-UKM) dan Pengerusi Jawatankuasa Saintifik & Pemuliharaan GHL Geopark, serta Tuan Azrul Shah Mohamad (Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dan Pengerusi badan Pelaksana GHL Geopark. Rakaman penuh siaran langsung boleh disaksikan di https://web.facebook.com/BESTVRTM/videos/3157878591115298 .

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman