DSSS Bikin Panas: Memahami Bencana Alam

Anjuran: PahangKu Media

Tarikh: 26 Januari 2022

Tempat: Siaran Langsung di Facebook PahangKu Media

Satu sesi temubual istimewa menerusi siaran secara langsung DSSS Bikin Panas bertajuk “Memahami Bencana Alam” oleh YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin (Exco Kerajaan Negeri) telah diadakan pada 26 Januari 2022 yang lalu. Panel jemputan adalah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, iaitu Felo Penyelidik Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI-UKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM). Temubual ini adalah bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan lebih mendalam lagi tentang kejadian bencana alam yang berlaku secara semulajadi yang mana melibatkan aliran puing (fenomena geologi). Rakaman siaran langsung boleh disaksikan di media sosial Facebook Pahangku Media (https://web.facebook.com/pahangkumedia/videos/363586405150562/).

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman