Lawatan Kerja oleh Institut Geologi Malaysia dan Persatuan Geologi Malaysia
Anjuran: Institut Geologi Malaysia (IGM), Persatuan Geologi Malaysia (PGM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)
Tarikh: 8 Mac 2022
Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah
LANGKAWI, 8 Mac 2022 – Satu lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) oleh kedua-dua Presiden daripada Institut Geologi Malaysia (IGM) iaitu P. Geol. Abd. Rasid Jaapar, dan Persatuan Geologi Malaysia (PGM) iaitu P. Geol. Ahmad Nizam Hasan telah disambut mesra oleh kakitangan-kakitangan PPL-UKM yang bertugas. Turut hadir bersama adalah P. Geol. Profesor Madya Askury Abd Kadir (Ketua Pegawai Eksekutif Geodream Solutions Sdn. Bhd.) dan Dr. Lim Choun Sian (Bendahari IGM & Ketua Pegawai Penyelidik LESTARI-UKM). Para pelawat telah dibawa mengunjungi Galeri Penyelidikan, melihat kemudahan/fasiliti serta melawat makmal-makmal bagi kajian Biologi dan Geologi di PPL. Lawatan kerja ini adalah bertujuan meninjau peluang-peluang kerjasama antara kesatuan pakar-pakar geologi di Malaysia dan PPL-UKM.
Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman
Sumber foto: PPL-UKM