Lawatan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia@Selangor)

Anjuran: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia@Selangor), Tourism Selangor, Gombak-Hulu Langat Geopark dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 28 Mac 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 28 Mac 2022 – Bersempena dengan Program Lawatan Teknikal ke Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia@Selangor), Tourism Selangor dan Gombak-Hulu Langat Geopark, para peserta program dibawa melawat ke Pusat Penyelidikan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia (PPL-UKM). Peserta-peserta lawatan ini telah disambut mesra oleh Dr. Tanot Unjah (Ketua Program Penyelidikan Warisan Geologi dan Landskap PPL-UKM) dan kakitangan-kakitangan yang bertugas. Lawatan ini dimulai dengan pembentangan dan perkongsian maklumat oleh Dr. Tanot Unjah berkaitan “Geopark” dan seterusnya, para peserta lawatan dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPL-UKM. Taklimat dan penerangan berkaitan LUGGp juga turut disampaikan oleh Dr. Tanot Unjah di galeri kepada semua peserta yang hadir.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman

Sumber foto: PPL-UKM