Malaysia International Dive Exhibition (MIDE) – Forum: Women in Diving (Theme Photography)

Anjuran: AsiaEvents Exsic (AEE)

Tarikh: 28 Mei 2022

Tempat: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2022 – Satu forum bertajuk Women in Diving yang bertemakan fotografi telah diadakan bersempena penganjuran program Malaysia International Dive Exhibition (MIDE) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Forum ini adalah bertujuan membincangkan kepakaran dan berkongsi pengalaman semasa mengambil gambar di dasar lautan. Beberapa orang pakar jurugambar wanita dasar laut dalam yang terkemuka di Malaysia telah diundang sebagai panel-panel jemputan. Antaranya adalah Prof. Dr. Norhayati Ahmad, yang merupakan Ketua Program Penyelidikan Warisan Kepelbagaian Biologi di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM).

Rakaman siaran langsung forum tersebut boleh ditonton semula di laman Facebook MIDE EXPO: https://web.facebook.com/mideexpo/videos/608568860156570/

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman