Lawatan Program Let’s Join Hand for a Greener World oleh Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)

Anjuran: Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 18 Mei 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 18 Mei 2022 – Bersempena dengan program Let’s Join Hand for a Greener World anjuran Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) telah dipilih sebagai salah satu lokasi lawatan bagi program tersebut. Peserta lawatan adalah terdiri daripada 30 orang pelajar beserta 2 orang pensyarah pengiring. En. Nik Mohd Noor Faizul Md. Saad, selaku Pengurus dan Ketua Pegawai Penyelidik PPL-UKM telah memberikan kuliah bertajuk “Geopark Peraga Pembangunan Lestari” kepada para peserta lawatan, beserta penerangan dan lawatan di Galeri Penyelidikan PPL-UKM. Disamping itu, peserta-peserta lawatan juga dibawa melawat ke makmal-makmal penyelidikan yang terdapat di PPL-UKM beserta taklimat ringkas yang disampaikan oleh Cik Asbiyatulaida Derahman, selaku Pegawai Sains PPL-UKM. Lawatan berakhir sekitar jam 1 tengah hari.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman