Lawatan Lapangan ke Kedah Cement Sdn. Bhd., Langkawi

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 16 Jun 2022

Tempat: Kedah Cement Sdn. Bhd., Teluk Ewa, Langkawi, Kedah

 

LANGKAWI, 16 Jun 2022 – Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM), yang diketuai oleh Dr. Lim Chen Kim, iaitu selaku Felo Penyelidik PPL-UKM telah mengadakan satu lawatan ke Kedah Cement Sdn. Bhd. di Teluk Ewa, Langkawi. Lawatan ini bertujuan mendapatkan perkongsian ilmu berkaitan proses pembuatan dan pengendalian simen, khususnya dalam aspek keselamatan, disamping mencari peluang jaringan kerjasama antara pasukan PPL-UKM dan Kedah Cement. Lawatan yang juga disertai oleh 4 orang kakitangan beserta seorang pelajar latihan industri PPL-UKM ini telah disambut mesra oleh En. Khairil Anuwar Mhd Abd Kader, selaku Senior QA Engineer di kilang berkenaan. Beliau dan kakitangannya turut memberikan taklimat dan pembentangan, serta lawatan tapak ke Unit Kawalan dan Pemantauan di kilang tersebut.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman