Forum Kelestarian Langkawi UNESCO Global Geopark 2021: “Pemerkasaan Komuniti Ke Arah Kemakmuran Bersama”

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Friends of Langkawi Geopark (FLAG) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 1 – 2 Disember 2021

Tempat: Hotel Aloft, Langkawi, Kedah

Pada tanggal 1 hingga 2 Disember yang lalu, pasukan pakar penyelidik Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) yang diketuai oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Friends of Langkawi Geopark (FLAG), telah berjaya menganjurkan Forum Kelestarian Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Forum yang berlangsung selari dengan sambutan Ulang Tahun Pengiktirafan LUGGp yang ke-14 pada 6 – 7 Disember 2021 ini telah dihadiri oleh pelbagai agensi penguatkuasaan dan pelaksanaan, komuniti setempat, penggiat seni dan pendidikan, agensi pelancongan dan pemain industri tempatan, duta dan rakan strategik, rakan Geopark Kebangsaan dan Aspiring Geopark, serta pakar dan agensi teknikal yang membantu pembangunan geopark. Penganjuran forum ini adalah bertujuan memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk berbincang dan berkongsi pengalaman, disamping meneliti keberkesanan aktiviti dan projek geopark, sebagai usaha penambahbaikan dalam membina halatuju, pelan dan strategi pembangunan masa hadapan LUGGp.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman