Kajian Taksonomi, Taburan dan Variasi Genetik terhadap Spesis Halia Boesenbergia Plicata Var. Lurida
Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi, UKM
Tarikh: 24 Disember 2018
Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi, Langkawi, Kedah (kawasan hutan machinchang)
Satu kajian tentang sejenis spesis halia iaitu Boesenbergia plicata var. lurida yang endemik di Langkawi telah dijalankan oleh Dr. Shamsul Khamis, yang merupakan pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi UKM dan juga selaku Felo Penyelidik di Pusat Penyelidikan Langkawi. Kajian ini adalah bagi mengenalpasti pengkelasan taksonomi, taburan spesis dan variasi genetik terhadap spesis halia tersebut. Spesis halia variasi lurida ini (berbunga merah) hanya boleh ditemui di kawasan sekitar Pulau Langkawi termasuklah di Pulau Tuba, Bukit Sawak dan Gunung Raya, manakala di bahagian lain di Kedah, Perlis dan Perak Utara, adalah spesis halia variasi plicata (berbunga putih/putih-susu). Habitat bagi tumbuhan halia ini adalah di celah-celah batu di habitat lembab yang berdekatan dengan sungai/punca air. Sebanyak 40-50 anak pokok telah diambil sebagai sampel/spesimen bagi kajian lanjut.
Persampelan dilakukan di kawasan hutan machinchang di belakang Pusat Penyelidikan Langkawi.
Pemprosesan, pengkelasan dan pelabelan sampel dilakukan di Makmal Biologi, Pusat Penyelidikan Langkawi.
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.