Kerja Lapangan dan Penggambaran Dokumentari Simfoni Alam Kajian Kelawar di Pulau Langkawi

Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi (FST-UKM), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 30 November – 5 Disember 2021

Tempat: Sekitar Pulau Langkawi, Kedah

Selaku Felo Bersekutu Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Dr. Juliana Senawi, yang juga merupakan pakar dalam bidang Zoologi, Mammalogi dan Biologi Pemuliharaan telah dijemput oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi menjalankan penggambaran Dokumentari Simfoni Alam bertajuk Kajian Kelawar di Pulau Langkawi. Penggambaran dokumentari ini mengambil masa kira-kira tiga hari, yang mana dijalankan di beberapa kawasan di sekitar Pulau Langkawi iaitu di Gua Kelawar (Taman Georimba Kilim Kars), Keda Wang Tok Rendong (Kisap) dan Gua Pinang (Kubang Badak). Selain itu, penggambaran ini juga turut dijalankan di Galeri Penyelidikan PPL bagi mempromosikan program-program penyelidikan yang terdapat di PPL. Disamping itu, kerja lapangan penyelidikan kelawar juga turut dijalankan bagi mengenalpasti kepelbagaian spesis kelawar di sekitar kepulauan Langkawi. Penggambaran dan kerja lapangan itu turut serta dibantu oleh para pelajar pra-siswazah UKM, Encik Othman Ayeb serta kakitangan-kakitangan PPL.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman