Kerja Lapangan Kajian Pemantauan Populasi Kelawar
Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi (FST, UKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)
Tarikh: 8 – 10 Mac 2018
Tempat: Gua Kelawar, Sungai Kilim, Langkawi.
Kajian Pemantauan Populasi Kelawar di Gua Kelawar, Kilim, Langkawi secara jangka panjang diteruskan lagi pada bulan Mac 2019. Kajian ini disertai oleh beberapa orang pelajar, pembantu penyelidik, Renjer Geopark Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan kakitangan PPL. Tujuan kajian ini adalah bagi menentukan jumlah populasi beberapa jenis kelawar berdasarkan selang waktu (24 jam) serta menentukan hubungkait kepada faktor mikro-cuaca (microclimate) termasuklah suhu, kelembapan, cahaya dan kelajuan angin.
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.