Kerja Lapangan Pemantauan Populasi Kelawar di Gua Kelawar, Kilim
Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi (FST, UKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)
Tarikh: 22 – 24 Feb 2018
Tempat: Gua Kelawar, Sungai Kilim, Langkawi.
Pada 22 hingga 24 Februari yang lalu, Kajian Pemantauan Populasi Kelawar secara jangka panjang diteruskan lagi di lokasi yang sama iaitu di Gua Kelawar, Kilim Langkawi. Kajian ini disertai oleh beberapa orang pelajar, pembantu penyelidik, Renjer Geopark Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan kakitangan PPL. Tujuan kajian ini adalah bagi menentukan jumlah populasi beberapa jenis kelawar berdasarkan selang waktu (24 jam) serta menentukan hubungkait kepada faktor mikro-cuaca (microclimate) termasuklah suhu, kelembapan, cahaya dan kelajuan angin.
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.