Kerja Lapangan Pulau Anak Datai
Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM.
Tarikh: 19 April 2017
Tempat: Pulau Anak Datai, Langkawi, Kedah.
Pasukan pakar penyelidik PPL yang diketuai oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo telah menjalankan satu kerja lapangan ke Pulau Anak Datai bagi mengenalpasti potensi geo- dan eko-pelancongan yang terdapat di pulau tersebut. Kajian penyelidikan ini meliputi ciri-ciri penting geologi dan lanskap, flora dan fauna serta sosio-budaya yang terdapat di sekitar Pulau Anak Datai. Pakar-pakar penyelidik yang terlibat termasuklah Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar, Prof. Dr. Che Aziz bin Ali, Prof. Madya Dr. Kamal Roslan bin Mohamed, Dr. Tanot Unjah, Dr. Sharina binti Abdul Halim dan Dr. Gerry Goeden, serta dibantu oleh Cik Asbiyatulaida binti Derahman (pegawai sains PPL).
Bergambar di lobi The Datai Langkawi. Dari kiri: Prof. Dr. Che Aziz bin Ali, Dr. Sharina binti Abdul Halim, Dr. Tanot Unjah, Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim bin Komoo, Dr. Gerry Goeden, dan Prof. Madya Dr. Kamal Roslan bin Mohamed.
Menaiki pengangkutan golf buggy yang disediakan oleh The Datai Langkawi menuju ke pantai Teluk Datai.
Menaiki ‘dinghy’ (bot getah) yang disediakan bagi perjalanan ke Pulau Anak Datai.
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.