Kunjungan Mesra Ahli Lembaga Pengarah YTL Corporation Berhad
Anjuran: YTL Corporation Berhad, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)
Tarikh: 23 Oktober 2021
Tempat: Galeri dan Makmal Penyelidikan, UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS)
Kunjungan ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) oleh Pengarah Eksekutif YTL Land & Development Berhad, Dato’ Hamidah Maktar pada 23 Oktober yang lalu telah disambut mesra oleh pakar-pakar penyelidik PPL iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman, Prof. Dr. Norhayati Ahmad dan Dr. Lim Chen Kim. Kunjungan yang turut disertai oleh Datuk Aziyah Mohamed (mantan Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar), Ong Ping Ping (Director of Communications, YTL Cement Group) dan En. Azmil Munif Mohd Bukhari (Pengurus Bahagian Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi) ini adalah bertujuan memperkenal dan mempromosikan PPL, yang mana adalah merupakan sebuah pusat kecemerlangan yang berperanan menjalankan penyelidikan serta perkhidmatan akademik berkaitan pemuliharaan warisan terintegrasi dan pembangunan geopark di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Semasa kunjungan, satu perbincangan bersama pakar-pakar yang terlibat juga turut diadakan, disamping para peserta dibawa melawat ke galeri dan makmal-makmal penyelidikan di PPL.
Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida binti Derahman