Kursus Pengenalan kepada Pusat Penyelidikan Langkawi dan Langkawi UNESCO Global Geopark
Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)
Tarikh: 25 Jun 2019
Tempat: Bilik Seminar PPL, Langkawi, Kedah.
Kursus Pengenalan kepada Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) telah diadakan di Bilik Seminar PPL pada 25 Jun yang lalu. Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pemahaman kepada peserta berkenaan PPL serta konsep pendekatan pembangunan lestari terutamanya di LUGGp. Peserta kursus yang hadir termasuklah para pelajar Latihan Industri (LI) yang mendaftar di PPL, kakitangan kontrak pembersihan dan keselamatan, serta kakitangan PPL. Slot Mengenali PPL disampaikan oleh Cik Asbiyatulaida Derahman (Pegawai Sains), manakala Slot Mengenali Ekosistem Kita dan Pembangunan Lestari serta Mengenali Langkawi Geopark dikendalikan oleh En. Nik Mohd Faizul Md Saad (Pegawai Penyelidik Kanan). Kursus ini diakhiri dengan pembentangan cadangan awal (proposal) oleh pelajar-pelajar LI. Sambutan dan jamuan Hari Raya Aidilfitri juga turut diadakan.
Seramai tiga orang pelajar LI telah mendaftar di PPL bagi kemasukan Jun/Julai 2019, iaitu:
- Cheah Dei Sheng (970505-08-5677) dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang bermula pada 17 Jun 2019 sehingga 23 Ogos 2019.
- Nur Mas Sofiah binti Ngakaisah (981111-02-5034) dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang bermula pada 17 Jun 2019 sehingga 23 Ogos 2019.
- Nur Ain binti Mokhtar (970218-08-5578) dari Fakulti Pengajian Sains Marin dan Sekitaran, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang bermula pada 1 Julai 2019 sehingga 20 September 2019.
Pembentangan Pengenalan kepada PPL oleh Cik Asbiyatulaida Derahman (Pegawai Sains).
Pembentangan dan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh En. Nik Mohd Faizul Md Saad (Pegawai Penyelidik Kanan).
Pembentangan proposal oleh pelajar LI.
Sambutan dan jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019.
Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.