Lawatan Mesra Pakar Penyelidik Pusat Penyelidikan Tasik Chini, FST-UKM
Anjuran: Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC-UKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)
Tarikh: 27 Januari 2022
Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah
LANGKAWI, 27 Januari 2022 – Sekumpulan pakar penyelidik daripada Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berkesempatan melawat ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM). Pakar-pakar penyelidik ini dibawa mengunjungi Galeri Penyelidikan serta melawat ke makmal-makmal yang terdapat di PPL-UKM oleh Cik Asbiyatulaida Derahman, Pegawai Sains PPL-UKM. Antara yang hadir adalah Ketua PPTC-UKM iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Saariwijaya dan Prof. Dr. Mohamad Azwani Shah Mat Lazim.
Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman